SYARAT-SYARAT

 SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN
PERTANDINGAN ECO CHALLENGE LASAK TERBUKA IPTA 2012 (GEMPUR 2012)
   ANJURAN 
BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI
AKADEMI LATIHAN KETENTERAAN UPNM
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UPNM
Dengan Kerjasama
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
(dikemaskini 22 Disember 2011)

1.      AM

1.1.   Peraturan ini diterima pakai untuk Pertandingan Eco Challenge Lasak Terbuka IPTA 2012 (GEMPUR 2012) anjuran Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UPNM dan Akademi Latihan Ketenteraan UPNM dengan sokongan Kementerian Pengajian Tinggi.
1.2.   Tafsiran peraturan ini adalah hak mutlak Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan.
1.3.   Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan mempunyai hak untuk meminda sebarang peraturan sebelum permulaan pertandingan sebagaimana yang difikirkan patut dan / atau munasabah oleh Jawatankuasa.



SYARAT-SYARAT PENYERTAAN 



  •   Penyertaan terbuka kepada 18 pasukan sahaja. Mana-mana pasukan yang memberi maklum balas pengesahan mendaftar awal adalah menjadi keutamaan untuk menyertai pertandingan ini.
  •    Penyertaan untuk pertandingan ini adalah terbuka untuk pasukan PALAPES, SUKSIS, PSTD IPTA serta unit beruniform yang berdaftar secara sah beserta insurans dengan universiti masing-masing.
  •    Peserta yang ingin menyertai pertandingan ini mestilah telah melalui tempoh matang 6 bulan dari tarikh pendaftaran sebagai ahli unit beruniform pasukan masing-masing.
  •     Semua peserta mestilah melengkapkan Borang Pelepasan Tanggungan yang disediakan oleh pihak penganjur dan hendaklah dibawa semasa pendaftaran peserta.
  •     Setiap peserta wajib menjalani pemeriksaan perubatan dan mendapat pengesahan doctor bagi melayakkkan diri untuk menyertai pertandingan ini. Sijil pemeriksaan kesihatan hendaklah dibawa semasa pendaftaran.

Komposisi pasukan adalah seperti berikut

  •      Peserta Tetap ( 31 orang peserta )

              1 x Ketua Pasukan
              30 x Ahli pasukan 
             (mestilah merangkumi sekurang-kurangnya 2 orang peserta wanita)


2.6.2 Peserta Simpanan ( 4 orang peserta )
2.4.1.2. 3 x Peserta Lelaki
1 x Peserta Wanita

  •   Peserta simpanan hanya boleh menggantikan ahli dalam pasukan utama sebelum pertandingan bermula. Selepas pertandingan bermula, peserta simpanan tidak dibenarkan untuk menggantikan ahli pasukan sekiranya berlaku sebarang masalah. Komposisi pasukan mestilah berdasarkan syarat seperti perenggan 2.6.
  •     Hanya peserta yang mendaftar sahaja layak untuk bertanding dalam kejohanan GEMPUR 2012. Sebarang pertukaran hendaklah dimaklumkan kepada pihak urusetia sebelum kejohanan dimulakan.
  •     Pihak penganjur berhak untuk membatalkan penyertaan mana-mana pasukan sekiranya mana-mana peraturan seperti yang termaktub dalam naskhah ini tidak dipatuhi.



FORMAT PERTANDINGAN DAN SISTEM PEMARKAHAN



  •    Pertandingan ini akan terbahagi kepada 4 peringkat berbeza yang akan menguji kemahiran dan ketahanan fizikal.
  •   Pasukan pertama akan dilepaskan seawal jam 8.00 pagi. Jarak masa pelepasan setiap pasukan adalah 30 minit. 
  •    Sebelum pasukan dilepaskan, satu pemeriksaan permulaan akan dibuat pada bermula jam 7.30 pagi untuk semua pasukan mengikut giliran pertandingan pada hari tersebut .
  •    Setiap pasukan akan diberikan barang wajib sebagai beban tanggungan kepada pasukan. Barang wajib tersebut adalah 2 x Log Latihan, 2 x Tong Peluru, dan 2 x Tayar Landrover.
  •    Markah penalti akan dikenakan dalam unit saat dan akan ditambah ke masa keseluruhan pertandingan.
  •    Sesuatu pasukan hanya dapat meneruskan cabaran ke peringkat seterusnya setelah semua ahli pasukan tiba di border pass.
  •    Ketua pasukan akan diberikan gelang di setiap border pass.

PEMERIKSAAN PERMULAAN



  •    Sebelum ujian Tahap 1 dimulakan, satu pemeriksaan akan dibuat ke atas semua peserta termasuk peserta simpanan bagi menentukan perkara-perkara berikut:
  •   Peserta dalam pasukan adalah sama dengan senarai peserta yang didaftarkan.Pemeriksaan kad pengenalan, BAT C10 ataupun BAT C20 akan dijalankan.
  •     Peserta mestilah memakai pakaian lengkap semasa pemeriksaan seperti di Lampiran 1.
  •   Semua peserta wajib memakai nombor tag peserta yang telah disediakan oleh pihak penganjur yang ditampal di pack dan di sebelah kanan seluar.
  •    Botol air mestilah berisi penuh semasa pemeriksaan dilakukan.
  •   Sekiranya peserta gagal melepasi pemeriksaan awal, penalti akan dikenakan kepada pasukan. 



MERENTAS DESA


      3.10. Bagi peringkat ini, pasukan dikehendaki merentas desa dengan berlari atau berjalan laju     mengikut laluan yang telah ditetapkan merangkumi jalan raya dan bukit sejauh kira-kira 7 km.
     3.11. Peserta akan dilepaskan bermula dari padang UPNM. Semua pasukan akan melalui laluan jalan raya yang masih bertrafik sederhana pada peringkat awal. Peserta ditegaskan untuk mementingkan keselamatan ketika melalui jalan raya dan peserta juga akan dibantu oleh pihak keselamatan universiti. Peserta akan meneruskan acara dengan menaiki bukit. Tali panduan jalan akan dipasang di mana-mana bahagian jalan yang mungkin boleh mengelirukan peserta untuk membantu peserta melalui jalan bukit tersebut.
     3.12. Peserta dikehendaki melapor di setiap checkpoint untuk pengesahan bahawa peserta telah sampai ke setiap checkpoint yang ditetapkan sepanjang laluan disiplin merentas desa untuk mendapat gelang di border pass disiplin ini. Terdapat 3 checkpoint yang akan ditetapkan di lokasi-lokasi tertentu bagi mengelakkan peserta menggunakan jalan pintas sepanjang disiplin ini.
3.13. Sepanjang perjalanan disiplin merentas desa, peserta boleh memberi bantuan kepada mana-mana peserta dalam pasukan yang sama untuk membawa bagpack mereka jika diperlukan sehingga tiba di border pass. Sepanjang disiplin ini, peserta akan membawa barang wajib iaitu 2 x tayar landrover, 2 x tong peluru dan 2 x log. Peserta bebas untuk menggunakan apa jua cara untuk membawa barang wajib tersebut sehingga ke penamat.
3.14. Setiap barang yang tercicir mesti dikutip sama ada oleh pemilik sendiri atau peserta yang lain dalam satu pasukan. Jika barang-barang yang tercicir dikutip oleh peserta, barang-barang tersebut mestilah diserahkan kepada pemilik asal sebelum border pass. Peserta yang telah sampai di garisan border pass tidak dibenarkan berpatah balik ke belakang untuk mengambil barang-barang yang tercicir. Sekiranya ada barang yang tercicir, peserta akan dikenakan penalti untuk setiap barang.
3.15. Sekiranya ada peserta yang tidak boleh meneruskan pertandingan, sama ada pengsan atau mengalami kecederaan, markah penalti juga akan dikenakan kepada pasukan tersebut. Jika peserta yang mengalami kecederaan ingin meneruskan pertandingan, peserta tersebut perlu mendapatkan pengesahan daripada pihak perubatan bahawa peserta itu mampu untuk meneruskan pertandingan.
3.16. Markah penalti akan dikenakan kepada pasukan berdasarkan kesalahan-kesalahan berikut:

BIL KESALAHAN MARKAH PENALTI   


1. Tidak membawa log latihan. 500 sebatang   
2. Tidak membawa tayar landrover. 500 sebiji   
3. Tidak membawa tong peluru. 100 setiap satu   
4. Kehilangan webbing set. 300 seunit   
5. Kehilangan begpack. 700 seunit   
7. Anggota yang tidak dapat meneruskan pertandingan. 500 seorang  


MERENTAS HALANGAN


3.17. Setiap peserta dikehendaki melintasi semua halangan yang ditetapkan iaitu 11 jenis halangan. 
3.18. Peserta akan meninggalkan barang wajib ditempat yang disediakan.
3.19. Peserta perlu berpakaian lengkap medan (PLM) sepanjang tahap ini.
3.20. Halangan-halangan yang perlu di lepasi oleh para peserta ialah :
3.20.1. Trevina
3.20.1.1. Peserta diberi 3 kali peluang untuk melepasi halangan.
3.20.1.2. Peserta yang gagal melepasi halangan selepas hanya satu percubaanakan dikenakan penalti sebanyak 150 markah.
3.20.1.3. Peserta yang gagal melepasi halangan selepas tiga kali percubaan akan dikenakan penalti sebanyak 50 markah.
3.20.1.4. Peserta dilarang sama sekali mendarat di sebelah tepi kiri / kanan halangan dan dikenakan penalti sebanyak 10 markah jika berbuat sedemikian.
3.20.1.5. Peserta yang merentasi halangan tanpa beg pack akan dikenakan penalti sebanyak 50 markah.
3.20.1.5. Peserta perlu melepasi halangan ini dengan cara bergayut dan dilarang sama sekali melepasi halangan ini dengan melalui bahagian atas halangan.
3.20.1.6. Peserta yang sudah berjaya melepasi halangan ini dilarang sama sekali berpaut pada tiang asas untuk bantu rakan dan penalti sebanyak 50 markah akan dikenakan sekiranya berbuat sedemikian.
3.20.1.7. Hanya peserta wanita boleh diangkat untuk memegang palang pertama sahaja. 
3.20.1.8. Peserta yang tidak dapat meneruskan acara akan dikira gagal melepasi halangan dan akan dikenakan penalti sebanyak 150 markah.
3.20.1.9. Peserta yang melepasi halangan ini tanpa menaiki halangan ini sama ada berjalan mahupun berlari di sebelah kiri/kanan halangan akan dikira gagal melepasi halangan.
3.20.2. Piramid
3.20.2.1. Peserta diberi 3 kali peluang untuk melepasi halangan.
3.20.2.2. Peserta boleh melepasi halangan ini sama ada dengan berlari mahupun berjalan tetapi wajib melalui atas halangan.
3.20.2.3. Peserta yang tidak merentasi halangan ini akan dikenakan penalti sebanyak 150 markah.
3.20.2.4. Peserta yang merentasi halangan tanpa beg pack akan dikenakan penalti sebanyak 50 markah.
3.20.2.5. Pesertayang gagal melepasi halangan selepas tiga kali percubaan akan dikenakan penalti sebanyak 50 markah.
3.20.2.6. Peserta dilarang sama sekali mendarat melalui sebelah kiri/kanan halangan sekiranya berbuat sedemikian akan dikenakan penalti sebanyak 10 markah.
3.20.2.7. Peserta yang melepasi halangan ini tanpa menaiki halangan ini sama ada berjalan mahupun berlari di sebelah kiri/kanan halangan akan dikira gagal melepasi halangan.
3.20.2.8. Peserta yang gagal / jatuh ketika melepasi halangan ini tetapi tidak ulang sehingga habis percubaan yang ditetapkan akan dikenakan penalti sebanyak 150 markah.
3.20.3. Ramp
3.20.3.1. Peserta diberi 3 kali peluang untuk melepasi halangan.
3.20.3.2. Peserta yang tidak merentasi halangan ini akan dikenakan penalti sebanyak 150 markah.
3.20.3.3.Peserta dilarang sama sekali mendarat melalui sebelah kiri/kanan halangan sekiranya berbuat sedemikian akan dikenakan penalti sebanyak 10 markah.
3.20.3.4.Peserta yang melepasi halangan ini tanpa menaiki halangan ini sama ada berjalan mahupun berlari di sebelah kiri/kanan halangan akan dikira gagal melepasi halangan.
3.20.3.5.Peserta yang merentasi halangan ini tanpa beg pack akan dikenakan penalti sebanyak 50 markah.
3.20.3.6.Peserta yang gagal / jatuh ketika melepasi halangan ini tetapi tidak ulang sehingga habis percubaan yang ditetapkan akan dikenakan penalti sebanyak 150 markah.
3.20.4. Tembok 6 Kaki
3.20.4.1.Peserta diberi 3 kali peluang untuk melepasi halangan.
3.20.4.2.Peserta yang gagal melepasi halangan selepas hanya satu percubaan akan dikenakan penalti sebanyak 150 markah.
3.20.4.3. Peserta yang gagal melepasi halangan selepas tiga kali percubaan akan dikenakan penalti sebanyak 50 markah.
3.20.4.4. Sekiranya sebahagian anggota badan peserta melepasi  tembok, peserta akan dikenakan penalti sebanyak 10 markah.
3.20.4.5.Peserta yang merentasi halangan tanpa beg pack akan dikenakan penalti sebanyak 50 markah.
3.20.4.6. Bagi halangan ini, peserta lelaki sama sekali tidak dibenarkan membantu semua peserta lelaki yang lain tetapi boleh membantu peserta wanita. Sekiranya berbuat sedemikian peserta yang membantu dan dibantu akan dikenakan penalti sebanyak 150 markah.
3.20.4.7. Peserta juga dilarang sama sekali untuk duduk / berdiri diatas tembok sekiranya berbuat sedemikian penalti sebanyak 10 markah akan dikenakan.
3.20.4.8.Peserta yang melepasi halangan ini tanpa menaiki halangan ini sama ada berjalan mahupun berlari di sebelah kiri/kanan halangan akan dikira gagal melepasi halangan.


3.20.5. Titian Gantung
3.20.5.1.Peserta diberi 3 kali peluang untuk melepasi halangan.
3.20.5.2.Peserta yang gagal melepasi halangan selepas tiga kali percubaan akan dikenakan penalti sebanyak 50 markah.
3.20.5.3. Peserta yang gagal ketika melepasi halangan ini tetapi tidak ulang sehingga habis percubaan yang ditetapkan akan dikenakan penalti sebanyak 150 markah.
3.20.5.4. Peserta yang merentasi halangan dengan memegang tiang asas akan dikenakan penalti sebanyak 50 markah.
3.20.5.5.Peserta yang merentasi halangan tanpa beg pack akan dikenakan penalti sebanyak 50 markah.
3.20.5.6. Sekiranya peserta menahan titi gantung ketika rakan sedang melaluinya, penalti akan dikenakan sebanyak 10 markah.
3.20.5.7.Peserta yang melepasi halangan ini tanpa menaiki halangan ini sama ada berjalan mahupun berlari di sebelah kiri/kanan halangan akan dikira gagal melepasi halangan.
3.20.6. Tangga Kambing
3.20.6.1.Peserta diberi 3 kali peluang untuk melepasi halangan.
3.20.6.2.Peserta yang gagal melepasi halangan selepas tiga kali percubaan akan dikenakan penalti sebanyak 50 markah.
3.20.6.3.Peserta yang gagal ketika melepasi halangan ini tetapi tidak mengulangi sehingga habis percubaan yang ditetapkan akan dikenakan penalti sebanyak 150 markah.
3.20.6.4.Peserta yang merentasi halangan tanpa beg pack akan dikenakan penalti sebanyak 50 markah.
3.20.6.5.Peserta yang melepasi halangan ini tanpa menaiki halangan ini sama ada berjalan mahupun berlari di sebelah kiri/kanan halangan akan dikira gagal melepasi halangan.
3.20.7.Balancing
3.20.7.1.Peserta diberi 3 kali peluang untuk melepasi halangan.
3.20.7.2.Peserta yang gagal melepasi halangan selepas tiga kali percubaan akan dikenakan penalti sebanyak 50 markah.
3.20.7.3.Peserta yang gagal ketika melepasi halangan ini tetapi tidak ulang sehingga habis percubaan yang ditetapkan akan dikenakan penalti sebanyak 150 markah.
3.20.7.4. Peserta yang merentasi halangan dengan memegang tiang asas akan dikenakan penalti sebanyak 50 markah.
3.20.7.5.Peserta yang merentasi halangan tanpa beg pack akan dikenakan penalti sebanyak 50 markah.
3.20.7.6.Peserta dilarang sama sekali mendarat melalui sebelah kiri/kanan halangan sekiranya berbuat sedemikian akan dikenakan penalti sebanyak 10 markah.
3.20.7.7.Peserta yang melepasi halangan ini tanpa menaiki halangan ini sama ada berjalan mahupun berlari di sebelah kiri/kanan halangan akan dikira gagal melepasi halangan.
3.20.8.Lompat Lubang 5 Kaki
3.20.8.1.Peserta diberi 3 kali peluang untuk melepasi halangan.
3.20.8.2.Peserta yang gagal melepasi halangan selepas tiga kali percubaan akan dikenakan penalti sebanyak 50 markah.
3.20.8.3.Peserta yang gagal ketika melepasi halangan ini tetapi tidak ulang sehingga habis percubaan yang ditetapkan akan dikenakan penalti sebanyak 150 markah.
3.20.8.4.Peserta yang merentasi halangan tanpa beg pack akan dikenakan penalti sebanyak 50 markah.
3.20.8.5. Peserta diberi 2 pilihan untuk melepasi halangan ini sama ada dengan cara lompat terus ataupun memijak tiang tengah pada halangan ini.
3.20.8.6.Peserta dikehendaki mendarat dengan dua kaki ketika membuat pendaratan penalti sebanyak 10 markah akan dikenakan sekiranya gagal berbuat sedemikian.
3.20.8.7. Peserta yang melepasi halangan ini tanpa melalui halangan ini sama ada berjalan mahupun berlari di sebelah kiri/kanan halangan akan dikira gagal melepasi halangan.
3.20.9.Tapak Gajah
3.20.9.1. Peserta diberi 3 kali peluang untuk melepasi halangan.
3.20.9.2.Peserta yang gagal melepasi halangan selepas tiga kali percubaan akan dikenakan penalti sebanyak 50 markah.
3.20.9.3.Peserta yang gagal ketika melepasi halangan ini tetapi tidak ulang sehingga habis percubaan yang ditetapkan akan dikenakan penalti sebanyak 150 markah.
3.20.9.4.Peserta yang merentasi halangan tanpa beg pack akan dikenakan penalti sebanyak 50 markah.
3.20.9.5. Untuk melepasi halangan ini, peserta dikehendaki mimijak tiang yang telah disediakan.
3.20.9.6.Peserta yang melepasi halangan ini tanpa melalui halangan ini sama ada berjalan mahupun berlari di sebelah kiri/kanan halangan akan dikira gagal melepasi halangan.
3.20.10.Tembok 10 Kaki
3.20.10.1.Peserta diberi 3 kali peluang untuk melepasi halangan.
3.20.10.2.Peserta yang gagal melepasi halangan selepas hanya satu percubaan akan dikenakan penalti sebanyak 150 markah.
3.20.10.3.Peserta yang gagal melepasi halangan selepas tiga kali percubaan akan dikenakan penalti sebanyak 50 markah.
3.20.10.4.Peserta yang gagal ketika melepasi halangan ini tetapi tidak ulang sehingga habis percubaan yang ditetapkan akan dikenakan penalti sebanyak 150 markah.
3.20.10.5. Sekiranya sebahagian anggota melepasi tembok, peserta akan dikenakan penalti sebanyak 10 markah.
3.20.10.6.Peserta yang merentasi halangan tanpa beg pack akan dikenakan penalti sebanyak 50 markah.
3.20.10.7. Peserta juga dilarang sama sekali untuk duduk / berdiri diatas tembok sekiranya berbuat sedemikian penalti sebanyak 10 markah akan dikenakan.
3.20.10.8.Peserta akan dibekalkan dengan tali sling senjata M16 sebagai alat bantuan untuk melepasi halangan ini. Sekiranya peserta menggunakan alat bantuan yang lain penalti sebanyak 20 markah akan dikenakan.
3.20.10.9.Peserta dilarang sama sekali mendarat melalui sebelah kiri/kanan halangan sekiranya berbuat sedemikian akan dikenakan penalti sebanyak 10 markah.
3.20.10.10.Peserta yang melepasi halangan ini tanpa menaiki halangan ini sama ada berjalan mahupun berlari di sebelah kiri/kanan halangan akan dikira gagal melepasi halangan.
3.20.11. Kawat Berduri
3.20.11.1.Peserta diberi 3 kali peluang untuk melepasi halangan.
3.20.11.2.Peserta yang gagal melepasi halangan selepas hanya satu percubaan akan dikenakan penalti sebanyak 150 markah.
3.20.11.3.Peserta yang gagal melepasi halangan selepas tiga kali percubaan akan dikenakan penalti sebanyak 50 markah.
3.20.11.4.Peserta yang gagal ketika melepasi halangan ini tetapi tidak ulang sehingga habis percubaan yang ditetapkan akan dikenakan penalti sebanyak 150 markah.
3.20.11.5. Untuk melepasi halangan ini, peserta dikehendaki merangkak di bawah kawat tersebut dan peserta dikira melepasi halangan ini setelah berjaya merangkak sehingga ke hujung halangan.
3.20.11.6.Peserta yang melepasi halangan ini tanpa melalui bawah halangan ini sama ada berjalan mahupun berlari di sebelah kiri/kanan halangan akan dikira gagal melepasi halangan.
BERKAYAK
3.21. Bagi peringkat ini, peserta dikehendaki berkayak sejauh 800 meter di Pusat Marin UPNM.
3.22. Peserta dikehendaki menanggalkan dan membuka pack, webbing set serta spike boot dan diletakkan di tempat yang disediakan dan diwajibkan memakai jaket keselamatan. Jaket keselamatan mestilah diikat dengan teknik yang betul dan kuat supaya tidak tertanggal dari badan peserta sewaktu berada di air.
3.23. Peserta akan dilepaskan setelah berkumpul di dalam kotak checkpoint.
3.24. Peserta dikehendaki mengambil pendayung serta jaket keselamatan dari tempat yang disediakan ke garisan permulaan.
3.25. Kayak terbahagi kepada dua iaitu kayak perseorangan dan kayak bergu. Kayak perseorangan hanya dibenarkan digunakan oleh ketua pasukan sahaja dan kayak bergu digunakan oleh peserta lain.
3.26. Jika seseorang peserta itu didapati dengan sengaja merosakkan peralatan berkayak seperti kayak, jaket keselamatan, pendayung dan sebagainya akan dikenakan penalti.
3.27. Pastikan kayak dan pendayung dalam keadaan baik dan sempurna sebelum memulakan cabaran.
3.28. Peserta mestilah berkayak melalui laluan yang telah ditetapkan iaitu diluar pelampung yang telah diletakkan di setiap pejuru tasik.
3.29. Setelah sampai ke garisan penamat, peserta dikehendaki meletakkan semula  jaket keselamatan dan pendayung di tempat yang telah disediakan.
3.30.Teknik berkayak adalah dayungan kehadapan sahaja dibenarkan iaitu pendayung digerakkan dari hadapan kebelakang bagi menghasilkan daya pergerakan.
3.31. Berikut adalah senarai kesalahan dan penalti:

BIL. KESALAHAN PENALTI  

1. TIDAK BERKAYAK 150   
2. GAGAL MELETAKKAN SEMULA PENDAYUNG DAN JAKET KESELAMATAN DI TEMPAT YANG TELAH DISEDIAKAN 50   
3. TIDAK MENGIKUT LALUAN YANG DITETAPKAN 100   
4. PENDAYUNG JATUH KE DALAM AIR 50   
5. MEMBUKA JAKET KESELAMATAN SEMASA BERKAYAK 50   
6. GAGAL MENAMATKAN ACARA 150   
7. MEROSAKKAN PERALATAN KAYAK DAN SEBAGAINYA DENGAN SENGAJA 200   
8. TEKNIK KAYUHAN SALAH 100  

MEMIKUL BOT TEMPUR


3.32.Dalam cabaran ini, setiap pasukan akan memikul sebuah bot tempur ke garisan penamat menerusi trek sejauh hampir 500 meter.
3.33.Undian bot tempur adalah berdasarkan giliran pasukan tersebut dilepaskan.
3.34.Setiap peserta mestilah berpakaian lengkap medan semasa menjalankan cabaran ini.
3.35.Peserta juga dibenarkan untuk membantu ahli pasukan mereka dengan membawa peralatan mereka.
3.36. Pasukan mempunyai kebebasan untuk mengatur strategi semasa menjalankan cabaran ini.
3.37.Hanya peserta yang terlibat dalam pasukan sahaja yang dibenarkan untuk terlibat dalam tahap ini.
3.38. Walaupun bot tempur sudah melintasi garisan penamat, namun cabaran ini akan berakhir apabila semua peserta sudah melintasi garisan penamat.
3.39.Hanya peserta sahaja boleh terlibat dalam acara ini. Jika didapati terdapat peserta luar atau pasukan itu mendapat bantuan tambahan dari luar, maka secara automatik pasukan itu akan tersingkir dari saingan ini.
PEMERIKSAAN AKHIR
Setiap pasukan akan menjalani pemeriksaan akhir setelah menamatkan pertandingan.
Sejurus selepas melintasi garisan penamat, pasukan akan dikumpulkan di satu kawasan bagi pemeriksaan secara terperinci tentang setiap peralatan yang sepatutnya dibawa.
Markah penalti akan dikenakan sekiranya terdapat mana-mana peserta yang gagal menunjukkan barangan yang diperlukan semasa pemeriksaan.
Senarai barangan yang akan diperiksa adalah seperti di Lampiran 1.


PAKAIAN DAN PERALATAN
Setiap peserta dimestikan memakai Pakaian Lengkap Medan (PLM) celoreng yang diluluskan oleh Jawatankuasa Latihan Tentera Darat (JKLTD) bagi Pegawai Kadet dan PALAPES. Bagi peserta SUKSIS, pakaian lengkap medan hendaklah setaraf atau diluluskan oleh perkhidmatan pasukan masing-masing. Pakaian dan peralatan tersebut hendaklah dipakai dengan betul sebagaimana yang ia sepatutnya dipakai. Markah penalti akan dikenakan jika peralatan-peralatan ini gagal ditunjukkan semasa pemeriksaan.
Senarai penuh PLM dan kelengkapan disertakan dengan markah penalti adalah seperti di Lampiran 1.


Penentuan Kedudukan Keseluruhan 
Markah penalti bagi semua peringkat akan dicampur. Pasukan yang mendapat markah paling rendah akan dikira sebagai pemenang. Pasukan yang mendapat markah kedua terendah akan mendapat tempat kedua dan sebagainya.
Jika terdapat persamaan, maka pemenang akan ditentukan melalui keutamaan berikut
Masa sesuatu pasukan yang terpantas keseluruhan pertandingan akan dikira sebagai pemenang.


Rayuan Keputusan



  •    Sebarang jenis rayuan yang dibuat mestilah berpandukan kepada syarat dan peraturan yang telah termaktub dalam naskhah ini.
  •      Setiap rayuan perlulah melampirkan bukti kukuh dan wang pertaruhan sebanyak 

               RM 500.00.

  •     Panel rayuan akan terdiri daripada individu-individu bebas yang dilantik oleh pihak penganjur.



Hadiah Pemenang


Pemenang akan menerima hadiah-hadiah seperti berikut:

  •      Johan

Piala Pusingan dan Piala Iringan
Wang Tunai RM 10,000.00
Pingat


  •     Naib Johan

Piala Iringan
Wang Tunai RM 8000.00
Pingat



  •     Ketiga

Piala Iringan
Wang Tunai RM 6000.00
Pingat

  •     Keempat

Piala Iringan
Wang Tunai RM 4000.00
Pingat



  •     Kelima

Piala Iringan
Wang Tunai RM 2000.00
Pingat








 
CREATED BY iena-devo.blogspot.com